« »

Carian Lain

Ahad, 20 Oktober 2013

Audit Dalaman kali ke-3

8 Oktober 2013.  Audit dalaman telah dijalankan di KKBN Pontian jam 10:00 pagi. Menurut laporan Ketua Audit, En. Samiri bin Marsahit markah pencapaian keseluruhan audit ketiga adalah 82.72% meningkat sebanyak 11.64%.



Semasa pelaksanaan audit dalaman ketiga satu standard kawalan telah diperkenalkan iaitu sistem kawalan atas meja, peralatan gunasama, peralatan kebersihan, dan stor telah diwartakan sebagai item yang berkedudukan seragam di semua zon.

Walaupun pencapaian meningkat, masih belum mencapai markah minimum yang disasarkan iaitu 85%.

Rabu, 16 Oktober 2013

Mesyuarat Standard Kawalan

 12 September 2013. Mesyuarat 5S telah diadakan di Bilik Mesyuarat KKBN. Mesyuarat itu telah dihadiri oleh semua Ketua Zon beserta Setiausaha masing-masing termasuk juga setiausaha Jawatankuasa Audit, Latihan dan Promosi.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Audit Dalaman

16 Ogos 2013. Pemeriksaan audit dalaman telah diadakan di KKBN Pontian meliputi semua zon.

Isnin, 20 Mei 2013

Taklimat Kesedaran 5S dari Malaysia Production Corporation

17 Mei 2013. En. Mazwan dari MPC telah datang ke KKBN Pontian bagi menjelaskan perkara yang patut dilakukan.

Mesyuarat 5S bersama Ketua dan Setiausaha Zon


13 Mei 2013, Mesyuarat 5S bersempena kedatangan audit dari luar diadakan. Mesyuarat tersebut turut membincangkan prestasi terkini setiap zon berdasarkan audit dalaman yang lepas. Kawasan baru turut diperkenalkan seperti pondok pengawal keselamatan, bilik MPP, kelas baru di Dewan tertutup serta kawasan belakang dewan terbuka.
Audit Dalaman Audit Luaran
09 Mei 2013 21 Mei 2013
05 Jun 2013 19 Jun 2013
08 Julai 2013
20 Ogos 2013

Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan mesyuarat bersama setiausaha sahaja bagi memastikan keseragaman dalam dokumentasi seperti memo dan minit mesyuarat

Jumaat, 17 Mei 2013

Audit kali pertama 2013

09 Mei 2013. Buat pertama kalinya bagi tahun 2013, audit dalaman 5S diadakan di KKBN Pontian. Bagi menjayakan audit ini, aktiviti mengemas dan memperbaharui sudut yang perlu berjalan secara berterusan.
  
Audit yang bermula jam 2.00 petang itu didahului oleh Zon Raya dengan markah sebanyak 72.164%, diikuti oleh Zon Mawar dan Zon Anggerik. Peratusan markah zon-zon lain adalah di bawah 60%.
Markah keseluruhan mengikut zon.

Ahad, 17 Mac 2013

Lawatan ke MPJBT

15 March 2013. Lawatan 5S ke MPJBT telah diadakan. Lawatan tersebut disertai oleh 4 orang petugas lelaki dan 4 orang petugas wanita. Mereka diketuai oleh En. Anamallah bin Hj. Yunan. Setibanya di MPJBT, pelawat dari KKBN Pontian diiringi oleh beberapa orang pegawai ke dewan untuk taklimat pengenalan. Lawatan diteruskan dengan pertukaran cenderahati dari kedua-dua belah pihak.
Seterusnya mereka dibawa melawat ke beberapa Jabatan terutamanya Jabatan Landskap yang telah mendapat markah tertinggi semasa pertauliahan 5S yang lalu. Lawatan diakhiri dengan makan tengahari dan sesi bergambar.