« »

Carian Lain

Selasa, 17 Julai 2012

Lawatan Penanda Aras Dari KOBENA


17 Julai 2012 KKBN Pontian Satu rombongan pegawai dari KOBENA Bhd. yang diketuai oleh En. Mohd Shafie Bin Che Omar, Pengurus Kanan KOBENA Bhd telah hadir untuk mendapatkan maklumat mengenai perlaksanaan 5S KKBN Pontian untuk digunapakai dan diadaptasi di dalam amalan 5S KOBENA Bhd. Sesi taklimat yang bermula jam 2.15 petang sedikit sebanyak telah memberikan informasi umum perlaksanaan 5S KKBN Pontian. Rombongan ini kemudiannya telah dibawa untuk meninjau suasana di Zon Bunga Raya iaitu Bahagian Pentadbiran Dan Latihan. Terima kasih di atas kunjungan ini, lain kali kita jumpa lagi.

Rabu, 11 Julai 2012

Tahniah Warga KKBN Pontian


4 Julai 2012 KKBN Pontian Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga KKBN Pontian kerana telah berjaya menerima Persijilan 5S dari MPC. Amat mengkagumkan apabila dengan perlaksanaan yang hanya bermula 2 bulan yang lalu dan hanya sekali melalui proses pra audit MPC. KKBN Pontian telah berjaya melaksanakan standard di dalam Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE). Namun begitu, peratusan yang sedikit rendah dari Pra Audit MPC yang lalu amat mengejutkan. Walaubagaimanapun ia akan menjadi pemangkin dan motivasi kepada warga KKBN Pontian untuk mengadaptasi prinsip 5S ini. Segala rumusan pada penutup Audit MPC kali ini akan menjadi penunjuk arah dan landasan yang terbaik dan segala kekurangan akan diperbaiki dari semasa ke semasa dan tidak mustahil satu hari nanti nama KKBN Pontian akan tercatat sebagai peserta Konvensyen 5S Kebangsaan. Insyallah.

Selasa, 3 Julai 2012

Selamat Datang Ke KKBN Pontian


4 Julai 2012 KKBN Pontian Jawatankuasa Induk 5S KKBN Pontian mengucapkan selamat datang kepada En. Eamizan Bin Hasim, Auditor MPC, Johor Baharu dalam tugasan menilai Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE) yang di laksanakan di KKBN Pontian. Dengan rasa rendah hati dan pengharapan agar Audit MPC yang akan dijalankan terlaksana dengan selamat dan lancar. Moga-moga Audit MPC  ini akan memberikan penilaian yang terbaik kepada KKBN Pontian.
.