« »

Carian Lain

Selasa, 29 Mei 2012

Audit 5S QE Kedua KKBN Pontian


29 Mei 2012 KKBN Pontian Warga KKBN Pontian sekali lagi diaudit pada hari ini untuk perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE). Menariknya, audit kali ini telah menjemput auditor yang berpengalaman dari IKBN Pagoh dan dibantu oleh auditor dari KKBN Pontian untuk menjalankan audit dikesemua zon KKBN Pontian. Melalui pemerhatian, pemeriksaan dan penilaian yang telah dilaksanakan, dapat dilihat perkembangan yang positif dan peningkatan yang drastik berbanding Audit Dalaman 5S Pertama yang lalu. Semua zon telah mula mempraktikkan Amalan 5S secara berterusan dan hasilnya ada zon yang telah mencapai target yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, ada juga kesilapan dan kekurangan yang perlu diperbetulkan hasil dari maklumat dan saranan pihak editor. Secara umumnya, agak sukar untuk memilih Zon Terbaik kerana semua zon layak untuk menjadi yang terbaik. Tahniah diucapkan kepada zon-zon khususnya zon terbaik yang akan dinobatkan pada 1 Jun 2012 ini. Kepada warga KKBN Pontian ingat kepada petikan ucapan Pengarah IKBN Pagoh semasa sesi perbentangan laporan audit, "KKBN Pontian, anda telah menunjukkan bahawa anda adalah yang terbaik berbanding kami dengan mampu melaksanakan 5S dalam jangkamasa 2 bulan sahaja berbanding kami 3 bulan dan telah bermula awal dari itu. Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan adalah seperti menunggang basikal, terus berkayuh dan berkayuh dan jangan berhenti !, sekiranya berhenti anda akan jatuh. Berusahalah ! ".

Isnin, 21 Mei 2012

Audit 5S QE Pertama KKBN Pontian

  
En Ajib & En Amzar bersama pelekat yang didapati
Kreativiti Pelatih
22 Mei 2012 KKBN Pontian Kumpulan Jawatankuasa Audit 5S QE KKBN Pontian telah selesai melaksana pengauditan diseluruh kawasan KKBN Pontian. Pelbagai kretiviti dan inovasi dapat dilihat hasil idea dan garapan petugas dan pelatih sepanjang proses pengauditan. Semangat 5S semakin terasa dan dapat dilihat melalui kerjasama dan tanggungjawab oleh warga KKBN Pontian. Pengurusan KKBN Pontian mengucapkan penghargaan kepada warga KKBN Pontian yang telah bersama-sama mengharungi tugasan di dalam Amalan Persekitaran Berkualiti 5S QE KKBN Pontian.

Khamis, 17 Mei 2012

Kursus Audit Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE)


17 Mei 2012 Tanjung Piai Resort Ketua zon dan Jawatan Kuasa Audit KKBN Pontian telah menghadiri Kursus Audit Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE) yang diselaraskan bersama IKBN Pagoh. Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pemahaman kaedah pengauditan yang berkesan kepada Ketua-Ketua Zon dan Jawatankuasa Audit 5S dan pembinaan kriteria audit yang akan digunakan sepanjang aktiviti audit dalaman 5S KKBN Pontian. Peserta program ini telah diberikan penerangan oleh Ketua Audit dan petugas IKBN Pagoh yang bertindak sebagai fasilitator.

Selasa, 15 Mei 2012

Lawatan Penanda Aras Ke IKBN Chembong


10 Mei 2012 IKBN Chembong Selain dari melaksanakan Lawatan Penanda Aras ke IKBN Pagoh, IKBN Alor Gajah dan IKBN Bandar Penawar, pegawai KKBN Pontian juga telah melaksanakan lawatan penanda aras ke IKBN Chembong. Antara kawasan yang dilawati adalah bengkel dan pejabat-pejabat yang berkaitan dengan jurusan yang ada di KKBN Pontian. Terima kasih diucapkan kepada warga IKBN Chembong yang sudi menerima pegawai dan seterusnya memberikan maklumat yang berguna di dalam lawatan ini.

Isnin, 14 Mei 2012

Lawatan Penanda Aras 5S Ke IKBN Bandar Penawar


10 Mei 2012 IKBN Bandar Penawar Beberapa pegawai darai Jabatan Hal Ehwal Pelajar KKBN Pontian telah melakukan Lawatan Penanda Aras ke IKBN Bandar Penawar untuk mendapatkan idea dalam pelaksanaan 5S di jabatan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada pengurusan IKBN Bandar Penawar yang telah sudi menerima kehadiran pegawai terbabit dan memberikan maklumat yang berharga sepanjang lawatan tersebut,

Khamis, 10 Mei 2012

Jawatankuasa Promosi 5S QE KKBN Pontian Mulakan Langkah


10 Mei 2012 KKBN Pontian Jawatankuasa Promosi Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE) KKBN Pontian hari ini telah memulakan perlaksanaan pemasangan kain rentang dan bunting dilaluan utama KKBN Pontian yang bertujuan memberikan maklumat mengenai 5S kepada warga KKBN Pontian dan pengunjung dalam menyatakan bahawa KKBN Pontian komited untuk melaksanakan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE). Di samping itu juga kebanyakan zon juga mula melaksanakan sisih dan susun. Terima kasih kepada para pelatih kerana sudi membantu Jawatankuasa Promosi 5S QE KKBN Pontian dalam melaksanakan tugasan dan juga membantu dalam aktiviti sisish dan susun di zon-zon.

Rabu, 9 Mei 2012

Majlis Perasmian Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE) Dan "Big Cleaning Day"


9 Mei 2012 KKBN Pontian Pada hari ini buat julung kalinya KKBN Pontian secara rasminya melaksanakan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE) dengan adanya Majlis Persamian Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE) yang dirasmikan oleh Pengarah KKBN Pontian, En. Rahmat Bin Hitam dengan disaksikan oleh semua warga KKBN Pontian dan wakil dari IKBN Pagoh. Hadiah berupa wang tunai dan Sijil Penyertaan juga telah disampaikan kepada Nor Maizura Binti Lusri selaku pemenang bagi pertandingan mencipta logo 5S KKBN Pontian. Majlis yang dijalankan dengan penuh meriah ini kemudiannya dimeriahkan lagi dengan penerangan asas 5S kepada warga KKBN Pontian oleh En Nasirwan selaku Ketua Jawatankuasa Latihan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE) IKBN Pagoh. Selepas penerangan diberikan sesi "Big Cleaning Day" iaitu program gotong royong dalam perlaksanaan sisih dimulakan dan wakil dari IKBN Pagoh telah mengadakan lawatan ke beberapa zon untuk memberikan idea mengenai perlaksanaan 5S.

Lawatan Penanda Aras 5S Ke IKBN Alor Gajah


8 Mei 2012  IKBN Alor Gajah Sekumpulan petugas KKBN Pontian telah mengadakan Lawatan Penanda Aras 5S ke IKBN Alor Gajah, Melaka. Lawatan bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai pengurusan dan pelaksanaan 5S di IKBN Alor Gajah untuk diimplimentasi dan sebagai rujukan kepada KKBN Pontian. Pihak pengurusan KKBN Pontian mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga IKBN Alor Gajah yang sudi menerima kehadiran petugas KKBN Pontian dan telah memberikan input yang baik dalam perlaksanaan 5S di IKBN/IKTBN/KKBN Se Malaysia

Isnin, 7 Mei 2012

Taklimat 5S Dari IKBN Pagoh


3 Mei 2012 KKBN Pontian KKBN Pontian telah menerima deligasi dari IKBN Pagoh yang hadir untuk memberikan maklumat mengenai Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE) kepada semua petugas KKBN Pontian. Matlamat taklimat kali ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada petugas KKBN Pontian kaedah perlaksanaan berkesan yang terbaik untuk medapatkan  persijilan 5S pada bulan Jun 2012. Deligasi yang diketuai oleh Tuan Hj. Abdul Hamid Bin Kasiman telah memberikan kerjasama yang sangat baik di dalam program ini.

Ahad, 6 Mei 2012

Lawatan Taklimat MPC Di KKBN Pontian



30 April 2012 KKBN Pontian KKBN Pontian hari ini telah dilawati oleh wakil dari Malaysia Productivity Corporation ( MPC )  yang hadir untuk memberikan taklimat dan pendedahan mengenai Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti kepada semua pertugas. Pendedahan seperti ini memang amat diperlukan kerana sistem ini telalu baru bagi petugas KKBN Pontian. Namun begitu, kerjasama yang baik  diberikan oleh wakil MPC telah berjaya membuka minda petugas yang hadir di dalam sesi taklimat ini.

Pertandingan Mencipta Logo Dan Slogan 5S KKBN PONTIAN


25 April 2012 KKBN Pontian Hasil mesyuarat Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti 5S KKBN Pontian, satu Pertandingan Mencipta Logo Dan Tema 5S KKBN Pontian akan diadakan bermula 25-30 April 2012. Pertandingan ini terbuka kepada petugas dan pelatih KKBN Pontian. Logo dan tema adalah berkaitan dengan amalan 5S di KKBN Pontian. Logoh dan tema yang di pilih akan menjadi logo dan tema rasmi 5S KKBN Pontian

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Pertama


25 April 2012 KKBN Pontian Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti 5S KKBN Pontian telah bermesyuarat buat kali pertama dengan pelbagai isu diperbincangkan terutama perancangan, perlaksanaan dan pengurusan 5S di KKBN Pontian. Ketua-Ketua Zon telah diarahkan untuk memulakan langkah mengisih dan menyusun zon masing-masing mengikut kreativiti dan ketetapan Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti 5S KKBN Pontian.