Isnin, 20 Mei 2013
Taklimat Kesedaran 5S dari Malaysia Production Corporation
17 Mei 2013. En. Mazwan dari MPC telah datang ke KKBN Pontian bagi menjelaskan perkara yang patut dilakukan.
Mesyuarat 5S bersama Ketua dan Setiausaha Zon
13 Mei 2013, Mesyuarat 5S bersempena kedatangan audit dari luar diadakan. Mesyuarat tersebut turut membincangkan prestasi terkini setiap zon berdasarkan audit dalaman yang lepas. Kawasan baru turut diperkenalkan seperti pondok pengawal keselamatan, bilik MPP, kelas baru di Dewan tertutup serta kawasan belakang dewan terbuka.
Audit Dalaman | Audit Luaran |
---|---|
09 Mei 2013 | 21 Mei 2013 |
05 Jun 2013 | 19 Jun 2013 |
08 Julai 2013 | |
20 Ogos 2013 |
Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan mesyuarat bersama setiausaha sahaja bagi memastikan keseragaman dalam dokumentasi seperti memo dan minit mesyuarat
Jumaat, 17 Mei 2013
Audit kali pertama 2013
09 Mei 2013. Buat pertama kalinya bagi tahun 2013, audit dalaman 5S diadakan di KKBN Pontian. Bagi menjayakan audit ini, aktiviti mengemas dan memperbaharui sudut yang perlu berjalan secara berterusan.
Audit yang bermula jam 2.00 petang itu didahului oleh Zon Raya dengan markah sebanyak 72.164%, diikuti oleh Zon Mawar dan Zon Anggerik. Peratusan markah zon-zon lain adalah di bawah 60%.
Audit yang bermula jam 2.00 petang itu didahului oleh Zon Raya dengan markah sebanyak 72.164%, diikuti oleh Zon Mawar dan Zon Anggerik. Peratusan markah zon-zon lain adalah di bawah 60%.
Markah keseluruhan mengikut zon. |
Langgan:
Catatan (Atom)