8 Oktober 2013. Audit dalaman telah dijalankan di KKBN Pontian jam 10:00 pagi. Menurut laporan Ketua Audit, En. Samiri bin Marsahit markah pencapaian keseluruhan audit ketiga adalah 82.72% meningkat sebanyak 11.64%.
Semasa pelaksanaan audit dalaman ketiga satu standard kawalan telah diperkenalkan iaitu sistem kawalan atas meja, peralatan gunasama, peralatan kebersihan, dan stor telah diwartakan sebagai item yang berkedudukan seragam di semua zon.
Walaupun pencapaian meningkat, masih belum mencapai markah minimum yang disasarkan iaitu 85%.
Ahad, 20 Oktober 2013
Rabu, 16 Oktober 2013
Mesyuarat Standard Kawalan
12 September 2013. Mesyuarat 5S telah diadakan di Bilik Mesyuarat KKBN. Mesyuarat itu telah dihadiri oleh semua Ketua Zon beserta Setiausaha masing-masing termasuk juga setiausaha Jawatankuasa Audit, Latihan dan Promosi.
Jumaat, 16 Ogos 2013
Audit Dalaman
16 Ogos 2013. Pemeriksaan audit dalaman telah diadakan di KKBN Pontian meliputi semua zon.
Isnin, 20 Mei 2013
Taklimat Kesedaran 5S dari Malaysia Production Corporation
Mesyuarat 5S bersama Ketua dan Setiausaha Zon
13 Mei 2013, Mesyuarat 5S bersempena kedatangan audit dari luar diadakan. Mesyuarat tersebut turut membincangkan prestasi terkini setiap zon berdasarkan audit dalaman yang lepas. Kawasan baru turut diperkenalkan seperti pondok pengawal keselamatan, bilik MPP, kelas baru di Dewan tertutup serta kawasan belakang dewan terbuka.
| Audit Dalaman | Audit Luaran |
|---|---|
| 09 Mei 2013 | 21 Mei 2013 |
| 05 Jun 2013 | 19 Jun 2013 |
| 08 Julai 2013 | |
| 20 Ogos 2013 |
Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan mesyuarat bersama setiausaha sahaja bagi memastikan keseragaman dalam dokumentasi seperti memo dan minit mesyuarat

Jumaat, 17 Mei 2013
Audit kali pertama 2013
09 Mei 2013. Buat pertama kalinya bagi tahun 2013, audit dalaman 5S diadakan di KKBN Pontian. Bagi menjayakan audit ini, aktiviti mengemas dan memperbaharui sudut yang perlu berjalan secara berterusan.




Audit yang bermula jam 2.00 petang itu didahului oleh Zon Raya dengan markah sebanyak 72.164%, diikuti oleh Zon Mawar dan Zon Anggerik. Peratusan markah zon-zon lain adalah di bawah 60%.




Audit yang bermula jam 2.00 petang itu didahului oleh Zon Raya dengan markah sebanyak 72.164%, diikuti oleh Zon Mawar dan Zon Anggerik. Peratusan markah zon-zon lain adalah di bawah 60%.
![]() |
| Markah keseluruhan mengikut zon. |
Ahad, 17 Mac 2013
Lawatan ke MPJBT
Seterusnya mereka dibawa melawat ke beberapa Jabatan terutamanya Jabatan Landskap yang telah mendapat markah tertinggi semasa pertauliahan 5S yang lalu. Lawatan diakhiri dengan makan tengahari dan sesi bergambar.
Selasa, 12 Mac 2013
Big Cleaning Day
20 Februari 2013, Gotong-royong secara besar-besaran telah diadakan di KKBN Pontian yang melibatkan semua pelajar dan petugas. Gotong-royong tersebut bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5 petang.
Rabu, 20 Februari 2013
Mesyuarat Induk 5S kali pertama 2013
14 Februari 2013, Mesyuarat Induk 5S telah diadakan dengan perlantikan setiausaha yang baru, Pn. Zainab bin Abu Bakar. Ketua Promosi juga telah ditukar iaitu En. Mohd Nizam bin Kamis. Jawatan yang lain dikekalkan. Hasil dari Mesyuarat tersebut, 'Big cleaning Day' akan diadakan pada 20 Februari 2013 yang akan datang. Semua tugasan per kawasan akan dibahagikan oleh setiausaha 5S yang baru.
Selasa, 17 Julai 2012
Lawatan Penanda Aras Dari KOBENA

17 Julai 2012 KKBN Pontian Satu rombongan pegawai dari KOBENA Bhd. yang diketuai oleh En. Mohd Shafie Bin Che Omar, Pengurus Kanan KOBENA Bhd telah hadir untuk mendapatkan maklumat mengenai perlaksanaan 5S KKBN Pontian untuk digunapakai dan diadaptasi di dalam amalan 5S KOBENA Bhd. Sesi taklimat yang bermula jam 2.15 petang sedikit sebanyak telah memberikan informasi umum perlaksanaan 5S KKBN Pontian. Rombongan ini kemudiannya telah dibawa untuk meninjau suasana di Zon Bunga Raya iaitu Bahagian Pentadbiran Dan Latihan. Terima kasih di atas kunjungan ini, lain kali kita jumpa lagi.Rabu, 11 Julai 2012
Tahniah Warga KKBN Pontian
4 Julai 2012 KKBN Pontian Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga KKBN Pontian kerana telah berjaya menerima Persijilan 5S dari MPC. Amat mengkagumkan apabila dengan perlaksanaan yang hanya bermula 2 bulan yang lalu dan hanya sekali melalui proses pra audit MPC. KKBN Pontian telah berjaya melaksanakan standard di dalam Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE). Namun begitu, peratusan yang sedikit rendah dari Pra Audit MPC yang lalu amat mengejutkan. Walaubagaimanapun ia akan menjadi pemangkin dan motivasi kepada warga KKBN Pontian untuk mengadaptasi prinsip 5S ini. Segala rumusan pada penutup Audit MPC kali ini akan menjadi penunjuk arah dan landasan yang terbaik dan segala kekurangan akan diperbaiki dari semasa ke semasa dan tidak mustahil satu hari nanti nama KKBN Pontian akan tercatat sebagai peserta Konvensyen 5S Kebangsaan. Insyallah.
Selasa, 3 Julai 2012
Selamat Datang Ke KKBN Pontian
4 Julai 2012 KKBN Pontian Jawatankuasa Induk 5S KKBN Pontian mengucapkan selamat datang kepada En. Eamizan Bin Hasim, Auditor MPC, Johor Baharu dalam tugasan menilai Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE) yang di laksanakan di KKBN Pontian. Dengan rasa rendah hati dan pengharapan agar Audit MPC yang akan dijalankan terlaksana dengan selamat dan lancar. Moga-moga Audit MPC ini akan memberikan penilaian yang terbaik kepada KKBN Pontian.
.
Ahad, 17 Jun 2012
Tahniah Warga KKBN Pontian
Khamis, 14 Jun 2012
Pra Audit MPC, Kehadiran Anda Kami Alukan
15 Jun 2012 KKBN Pontian Pada hari ini warga KKBN Pontian dengan rasa sukacita mengalukan kehadiran Auditor MPC , Encik Ismail Bin Mohd Nor dari Ibupejabat MPC, Kuala Lumpur untuk sesi Pra Audit MPC 5S KKBN Pontian. Dengan kehadiran auditor darai MPC ini, ia akan menjadi satu titik tolak kepada kelansungan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S KKBN Pontian. Warga KKBN Pontian juga amat mengharapkan akan kecemerlangan di atas semua pengorbanan dan titik peluh selama ini.
Ahad, 10 Jun 2012
Audit 5S QE Keempat KKBN Pontian
11 Jun 2012 KKBN Pontian Di dalam suasana kesibukan dan kemeriahan Peperiksaan Akhir Sesi 1/2012 yang sedang berlangsung. KKBN Pontian sekali lagi di audit oleh Auditor dari IKBN Pagoh untuk menilai keupayaan KKBN Pontian di dalam menghadapi Pra Audit MPC pada 13 Jun 2012 ini. Maklumat yang didapati dalam audit kali ini akan memberikan penanda aras baru terhadap Amalan Persekitaran Berkualiti KKBN Pontian dan akan memberikan maklumat penting di dalam proses peningkatan Sistem Amalan Berkualiti 5S KKBN Pontian.
Audit 5S QE Ketiga KKBN Pontian
8 Jun 2012 KKBN Pontian Jawatankuasa Audit 5S KKBN Pontian pada hari ini telah melaksanakan Audit Dalaman 5S Ketiga yang bertujuan untuk menilai perkembangan Perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S QE di KKBN Pontian. Berdasarkan penelitian dan perkembangan yang positif yang ditunjukkan oleh warga KKBN Pontian, dengan harapan dan daya usaha yang tinggi ini akan memberikan juga pulangan yang positif.
Jumaat, 1 Jun 2012
Penghargaan Kepada Warga KKBN
1 Jun 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Jawatankuasa Induk Perlaksanaan 5S KKBN Pontian hari ini menghargai individu, kumpulan dan zon yang telah memberikan kerjasama yang hebat di dalam perlaksanaan 5S. Antara yang dihargai adalah petugas dan pelatih zon Matahari, zon Reflisia, zon Kekwa (Lee Fad Wei) dan zon Mawar yang telah bertungkuslumus di dalam persediaan Pelancaran 5S KKBN Pontian dan gimik pelancaran sehingga dijemput oleh IKBN Pagoh di dalam gimik pelancaran Karnival Kerjaya bau-baru ini. Tidak ketinggalan juga Sudut 5S Dan Stor Terbaik iaitu Zon Melur, Kelas Terbaik kepada Kelas Penyelia Binaan Sem 2 juga dari Zon Melur serta Dorm Terbaik, Dorm PW2 Sem 2 dari Zon Seroja. Hadiah dan penghargaan telah disampaikan oleh Pengarah KKBN Pontian yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti 5S KKBN Pontian, En Rahmat Bin Hitam. Penyelaras Jawatankuas Induk 5S KKBN Pontian telah mengumumkan bahawa Zon Terbaik akan dipilih selepas audit ketiga iaitu pada 11 Jun 2012 dan markah akan diambil secara keseluruhan dari Audit Pertama, Audit Kedua dan Audit Ketiga.
Selasa, 29 Mei 2012
Audit 5S QE Kedua KKBN Pontian
Isnin, 21 Mei 2012
Audit 5S QE Pertama KKBN Pontian
| En Ajib & En Amzar bersama pelekat yang didapati |
| Kreativiti Pelatih |
22 Mei 2012 KKBN Pontian Kumpulan Jawatankuasa Audit 5S QE KKBN Pontian telah selesai melaksana pengauditan diseluruh kawasan KKBN Pontian. Pelbagai kretiviti dan inovasi dapat dilihat hasil idea dan garapan petugas dan pelatih sepanjang proses pengauditan. Semangat 5S semakin terasa dan dapat dilihat melalui kerjasama dan tanggungjawab oleh warga KKBN Pontian. Pengurusan KKBN Pontian mengucapkan penghargaan kepada warga KKBN Pontian yang telah bersama-sama mengharungi tugasan di dalam Amalan Persekitaran Berkualiti 5S QE KKBN Pontian.
Khamis, 17 Mei 2012
Kursus Audit Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE)
17 Mei 2012 Tanjung Piai Resort Ketua zon dan Jawatan Kuasa Audit KKBN Pontian telah menghadiri Kursus Audit Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE) yang diselaraskan bersama IKBN Pagoh. Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pemahaman kaedah pengauditan yang berkesan kepada Ketua-Ketua Zon dan Jawatankuasa Audit 5S dan pembinaan kriteria audit yang akan digunakan sepanjang aktiviti audit dalaman 5S KKBN Pontian. Peserta program ini telah diberikan penerangan oleh Ketua Audit dan petugas IKBN Pagoh yang bertindak sebagai fasilitator.
Langgan:
Catatan (Atom)








