« »

Carian Lain

Ahad, 17 Jun 2012

Tahniah Warga KKBN Pontian





15 Jun 2012 KKBN Pontian adalah sangat mengejutkan KKBN Pontian telah layak untuk dipersijilkan oleh MPC dalam tempoh perlaksanaan kurang dari 2 bulan. Ini adalah hasil dari kerjasama dan komitment yang dilakukan oleh warga KKBN Pontian sepanjang tempoh perlaksanaan Sisih, Susun dan Sapu. Lebih dari 10 label kawasan cemerlang juga telah direkodkan sepanjang Pra Audit MPC yang dilaksanakan oleh En Ismail Bin Mohd Nor, Auditor dari Ibupejabat MPC, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa pekara yang perlu ditambah baik agar Audit MPC yang akan dilakukan pada 28 Jun 2012 menghasilkan keputusan yang cemerlang. Pihak pengurusan megucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga KKBN Pontian di atas keputusan Pra Audit ini.

Khamis, 14 Jun 2012

Pra Audit MPC, Kehadiran Anda Kami Alukan


15 Jun 2012 KKBN Pontian  Pada hari ini warga KKBN Pontian dengan rasa sukacita mengalukan kehadiran Auditor MPC , Encik Ismail Bin Mohd Nor dari Ibupejabat MPC, Kuala Lumpur untuk sesi Pra Audit MPC 5S KKBN Pontian. Dengan kehadiran auditor darai MPC ini, ia akan menjadi satu titik tolak kepada kelansungan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S KKBN Pontian. Warga KKBN Pontian juga amat mengharapkan akan kecemerlangan di atas semua pengorbanan dan titik peluh selama ini.

Ahad, 10 Jun 2012

Audit 5S QE Keempat KKBN Pontian


11 Jun 2012 KKBN Pontian Di dalam suasana kesibukan dan kemeriahan Peperiksaan Akhir Sesi 1/2012 yang sedang berlangsung. KKBN Pontian sekali lagi di audit oleh Auditor dari IKBN Pagoh untuk menilai keupayaan KKBN Pontian di dalam menghadapi Pra Audit MPC pada 13 Jun 2012 ini. Maklumat yang didapati dalam audit kali ini akan memberikan penanda aras baru terhadap Amalan Persekitaran Berkualiti KKBN Pontian dan akan memberikan maklumat penting di dalam proses peningkatan Sistem Amalan Berkualiti 5S KKBN Pontian.

Audit 5S QE Ketiga KKBN Pontian


8 Jun 2012 KKBN Pontian Jawatankuasa Audit 5S KKBN Pontian pada hari ini telah melaksanakan Audit Dalaman 5S Ketiga yang bertujuan untuk menilai perkembangan Perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S QE di KKBN Pontian. Berdasarkan penelitian dan perkembangan yang positif yang ditunjukkan oleh warga KKBN Pontian, dengan harapan dan daya usaha yang tinggi ini akan memberikan juga pulangan yang positif.

Jumaat, 1 Jun 2012

Penghargaan Kepada Warga KKBN


1 Jun 2012 Dewan Terbuka KKBN Pontian Jawatankuasa Induk Perlaksanaan 5S KKBN Pontian hari ini menghargai individu, kumpulan dan zon yang telah memberikan kerjasama yang hebat di dalam perlaksanaan 5S. Antara yang dihargai adalah petugas dan pelatih zon Matahari, zon Reflisia, zon Kekwa (Lee Fad Wei) dan zon Mawar yang telah bertungkuslumus di dalam persediaan Pelancaran 5S KKBN Pontian dan gimik pelancaran sehingga dijemput oleh IKBN Pagoh di dalam gimik pelancaran Karnival Kerjaya bau-baru ini. Tidak ketinggalan juga Sudut 5S Dan Stor Terbaik iaitu Zon Melur, Kelas Terbaik kepada Kelas Penyelia Binaan Sem 2 juga dari Zon Melur serta Dorm Terbaik, Dorm PW2 Sem 2 dari Zon Seroja. Hadiah dan penghargaan telah disampaikan oleh Pengarah KKBN Pontian yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Amalan Persekitaran Berkualiti 5S KKBN Pontian, En Rahmat Bin Hitam. Penyelaras Jawatankuas Induk 5S KKBN Pontian telah mengumumkan bahawa Zon Terbaik akan dipilih selepas audit ketiga iaitu pada 11 Jun 2012 dan markah akan diambil secara keseluruhan dari Audit Pertama, Audit Kedua dan Audit Ketiga.

Selasa, 29 Mei 2012

Audit 5S QE Kedua KKBN Pontian


29 Mei 2012 KKBN Pontian Warga KKBN Pontian sekali lagi diaudit pada hari ini untuk perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE). Menariknya, audit kali ini telah menjemput auditor yang berpengalaman dari IKBN Pagoh dan dibantu oleh auditor dari KKBN Pontian untuk menjalankan audit dikesemua zon KKBN Pontian. Melalui pemerhatian, pemeriksaan dan penilaian yang telah dilaksanakan, dapat dilihat perkembangan yang positif dan peningkatan yang drastik berbanding Audit Dalaman 5S Pertama yang lalu. Semua zon telah mula mempraktikkan Amalan 5S secara berterusan dan hasilnya ada zon yang telah mencapai target yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, ada juga kesilapan dan kekurangan yang perlu diperbetulkan hasil dari maklumat dan saranan pihak editor. Secara umumnya, agak sukar untuk memilih Zon Terbaik kerana semua zon layak untuk menjadi yang terbaik. Tahniah diucapkan kepada zon-zon khususnya zon terbaik yang akan dinobatkan pada 1 Jun 2012 ini. Kepada warga KKBN Pontian ingat kepada petikan ucapan Pengarah IKBN Pagoh semasa sesi perbentangan laporan audit, "KKBN Pontian, anda telah menunjukkan bahawa anda adalah yang terbaik berbanding kami dengan mampu melaksanakan 5S dalam jangkamasa 2 bulan sahaja berbanding kami 3 bulan dan telah bermula awal dari itu. Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan adalah seperti menunggang basikal, terus berkayuh dan berkayuh dan jangan berhenti !, sekiranya berhenti anda akan jatuh. Berusahalah ! ".

Isnin, 21 Mei 2012

Audit 5S QE Pertama KKBN Pontian

  
En Ajib & En Amzar bersama pelekat yang didapati
Kreativiti Pelatih
22 Mei 2012 KKBN Pontian Kumpulan Jawatankuasa Audit 5S QE KKBN Pontian telah selesai melaksana pengauditan diseluruh kawasan KKBN Pontian. Pelbagai kretiviti dan inovasi dapat dilihat hasil idea dan garapan petugas dan pelatih sepanjang proses pengauditan. Semangat 5S semakin terasa dan dapat dilihat melalui kerjasama dan tanggungjawab oleh warga KKBN Pontian. Pengurusan KKBN Pontian mengucapkan penghargaan kepada warga KKBN Pontian yang telah bersama-sama mengharungi tugasan di dalam Amalan Persekitaran Berkualiti 5S QE KKBN Pontian.