« »

Carian Lain

Isnin, 20 Mei 2013

Taklimat Kesedaran 5S dari Malaysia Production Corporation

17 Mei 2013. En. Mazwan dari MPC telah datang ke KKBN Pontian bagi menjelaskan perkara yang patut dilakukan.

Mesyuarat 5S bersama Ketua dan Setiausaha Zon


13 Mei 2013, Mesyuarat 5S bersempena kedatangan audit dari luar diadakan. Mesyuarat tersebut turut membincangkan prestasi terkini setiap zon berdasarkan audit dalaman yang lepas. Kawasan baru turut diperkenalkan seperti pondok pengawal keselamatan, bilik MPP, kelas baru di Dewan tertutup serta kawasan belakang dewan terbuka.
Audit Dalaman Audit Luaran
09 Mei 2013 21 Mei 2013
05 Jun 2013 19 Jun 2013
08 Julai 2013
20 Ogos 2013

Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan mesyuarat bersama setiausaha sahaja bagi memastikan keseragaman dalam dokumentasi seperti memo dan minit mesyuarat

Jumaat, 17 Mei 2013

Audit kali pertama 2013

09 Mei 2013. Buat pertama kalinya bagi tahun 2013, audit dalaman 5S diadakan di KKBN Pontian. Bagi menjayakan audit ini, aktiviti mengemas dan memperbaharui sudut yang perlu berjalan secara berterusan.
  
Audit yang bermula jam 2.00 petang itu didahului oleh Zon Raya dengan markah sebanyak 72.164%, diikuti oleh Zon Mawar dan Zon Anggerik. Peratusan markah zon-zon lain adalah di bawah 60%.
Markah keseluruhan mengikut zon.

Ahad, 17 Mac 2013

Lawatan ke MPJBT

15 March 2013. Lawatan 5S ke MPJBT telah diadakan. Lawatan tersebut disertai oleh 4 orang petugas lelaki dan 4 orang petugas wanita. Mereka diketuai oleh En. Anamallah bin Hj. Yunan. Setibanya di MPJBT, pelawat dari KKBN Pontian diiringi oleh beberapa orang pegawai ke dewan untuk taklimat pengenalan. Lawatan diteruskan dengan pertukaran cenderahati dari kedua-dua belah pihak.
Seterusnya mereka dibawa melawat ke beberapa Jabatan terutamanya Jabatan Landskap yang telah mendapat markah tertinggi semasa pertauliahan 5S yang lalu. Lawatan diakhiri dengan makan tengahari dan sesi bergambar.

Selasa, 12 Mac 2013

Big Cleaning Day

20 Februari 2013, Gotong-royong secara besar-besaran telah diadakan di KKBN Pontian yang melibatkan semua pelajar dan petugas. Gotong-royong tersebut bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5 petang.

Rabu, 20 Februari 2013

Mesyuarat Induk 5S kali pertama 2013

14 Februari 2013, Mesyuarat Induk 5S telah diadakan dengan perlantikan setiausaha yang baru, Pn. Zainab bin Abu Bakar. Ketua Promosi juga telah ditukar iaitu En. Mohd Nizam bin Kamis. Jawatan yang lain dikekalkan. Hasil dari Mesyuarat tersebut, 'Big cleaning Day' akan diadakan pada 20 Februari 2013 yang akan datang. Semua tugasan per kawasan akan dibahagikan oleh setiausaha 5S yang baru.

Selasa, 17 Julai 2012

Lawatan Penanda Aras Dari KOBENA


17 Julai 2012 KKBN Pontian Satu rombongan pegawai dari KOBENA Bhd. yang diketuai oleh En. Mohd Shafie Bin Che Omar, Pengurus Kanan KOBENA Bhd telah hadir untuk mendapatkan maklumat mengenai perlaksanaan 5S KKBN Pontian untuk digunapakai dan diadaptasi di dalam amalan 5S KOBENA Bhd. Sesi taklimat yang bermula jam 2.15 petang sedikit sebanyak telah memberikan informasi umum perlaksanaan 5S KKBN Pontian. Rombongan ini kemudiannya telah dibawa untuk meninjau suasana di Zon Bunga Raya iaitu Bahagian Pentadbiran Dan Latihan. Terima kasih di atas kunjungan ini, lain kali kita jumpa lagi.